Tuesday 30 November 2010

adakah cinta mencintai aku ??


adilkah jika aku mengatakan tidak pada setiap insan yang cuba mengenali diri ini?tetapi adilkah pula bagi dirinya jika aku benarkan segala, namun aku tidak ikhlas menerimanya?

adikah aku jika aku bertindak menyepikan diri daripada cinta?namun adilkah pula bagi dirinya jika aku mengatakan ya pada cintanya tetapi aku tahu semuanya akan berakhir dengan luka?

pernah dulu aku menyukai pada seseorang dan pintu hati terbuka aku terbuka untuknya, namun akhirnya aku hampa, kata cinta yang diluahkan tergantung tanpa tali.

setelah itu terpahat dihati ‘tiada cinta disini, tiada lagi kekosongan untuk diisi’…

sebenarnya aku masih mengharap pada yang tidak sudi, ramai yang menyoalkan kenapa mesti diri itu yang aku tunggu, meskipun aku tahu aku bukan pilihannya.

telah lama aku perhatikan dia, aku tahu dia amat menyayangi keluarganya, disitu aku tahu bertuahnya pada sesiapa yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga itu.

sepanjang tempoh itu, aku cuba memahami mengapa dia berbeza dari teman-temannya yang lain yang lebih mengejar keseronokan bukan pelajaran, dan jawapannya dia mahu membela nasib keluarga.

makin lama aku mengenali diri itu, aku tahu dia amat melindungi adik-adiknya, terutamanya perempuan, dan disitu telah aku lihat sikap tanggungjawabnya sebagai lelaki dan wali.

telah bertahun-tahun aku cuba mengenali hati budinya namun tidak sekali pun kami bertegur sapa.

bersambung...

No comments:

Post a Comment